Saturday 23 April 2011

PENUTUP

Pada pandangan saya,kejuruteraan kimia bukanlah satu bidang yang sukar untuk dikecapi kerana bak kata pepatah,di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Mahu tak mahu haruslah saya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian saya itu.Tanpa usaha tiadalah kejayaan.Saya juga akan cuba mempertingkatkan subjek yang penting untuk pengajian kejuruteraan kimia walaupun saya tahu saya amat lemah dalam subjek-subjek yang dikehendaki untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia.Kejuruteraan kimia sememangnya satu bidang yang menyeronokkan bagi saya kerana kita bekerja dengan mengkaji lantas menolong dunia untuk memudahkan proses mendapatkan bahan kimia.

SUASANA TEMPAT KERJA

Persekitaran tempat kerja:
-Haruslah sentiasa bersih -tidak mempunyai dokumen-dokumen yang berselerak kerana akan menyebabkan pekerjaan menjadi bercelaru dan sukar untuk siap dengan lengkap -terhindar daripada gangguan kanak-kanak kecil kerana takut bahan kimia terjatuh atas kanak-kanak tersebut. -harus dilakukan dengan cermat.

Tempat untuk bekerja:
Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Jabatan Alam Sekitar serta jabatan -jabatan lain yang berkaitan. Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan. Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Terdapat di syarikat minyak, kimia, perlombongan, seramik, elektronik dan gentian. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian


Kejuruteraan Kimia dan Pengeluaran, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.

LANGKAH-LANGKAH MENUJU KE ARAH SEORANG JURUTERA KIMIA:

  1. Mendapat 10A+ dalam SPM
  2. Melanjutkan pelajaran ke matrikulasi/diploma/kursus persediaan ke luar negara(5 tahun)
  3. Menyertai program-program luar negara seperti A-level, 1B, ADP, AAD(3 tahun)
  4. Melakukan praktikal selama 2 tahun.
  5. bekerja di syarikat-syarikat ternama seperti petronas dan shell.

TEMPAT PENGAJIAN DI DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA

Institusi pengajian tinggi dalam negara:
-Diploma Kejuruteraan Kimia(Loji proses),UMP(Universiti Malaysia Pahang)

-Diploma Kejuruteraan Kimia,UiTm(Universiti Teknologi Mara)

-UKM(Universiti Kebangsaan Malaysia)

-USM(Universiti Sains Malaysia)

-Universiti Malaya

Program Luar Negara:
Di luar negara pula, kursus ini banyak ditawarkan oleh universiti-universiti di sana seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, Jerman, Jepun, Korea dan Singapura. Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA)²untuk pelajar lepasan SPM/SPMV. Ia merupakan program prauniversiti dan ijazah pertama di universiti-universiti di Amerika Syanikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, Jerman, Jepun dan Korea. Program-program yang dimaksudkan ialah American Associate Degree (AAD), American Degree Programme (ADP), A-Level, Program Australian Matriculation (AUSMAT) dan International Baccalaureate (IB).

Friday 22 April 2011

ANGGARAN PENDAPATAN

Walaupun kerjaya ini mencabar tetapi mampu memberi kepuasan kepada mereka.


Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan dan mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini. Buat masa ini, gaji permulaan seorang jurutera kimia ialah di antara RM 2000.00 hingga RM 2500.00 sebulan

Kerjaya sebagai seorang Jurutera kimia sangat mencabar kerana sebagai seorang Jurutera kimia anda akan berhadapan dengan pelbagai jenis masalah dan cabaran yang berlainan setiap hari. Setiap tugasan adalah unik kerana anda a kan berhadapan dengan pelbagai situasi , tempat dan orang.

Untuk mencapai cita-cita ini calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli : Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM).

Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera kimia profesional.

PROSPEK PADA MASA HADAPAN

Syarikat yang terbabit dalam industri petroleum, gas, petrokimia, pulpa dan kertas paling banyak menggaji Jurutera Kimia. Pengeluaran bahan kimia dan produk kimia juga memerlukan Jurutera Kimia.

Ramai jurutera bekerja di bahagian penyelidikan dan pembangunan, namun mereka juga diambil bekerja dalam indutri yang berkaitan dengan pengeluaran makanan, tenaga, plastic, fiber sintetik, farmaseutikal dan logam.

Sektor kerajaan menggaji Jurutera Kimia untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dan menguatkuasakan piawai dan peraturan Syarikat-syarikat kimia menggaji Jurutera Kimia dalam bidang pemasaran atau pengurusan. Universiti dan kolej pula menawarkan kerjaya pensyarah kepada Jurutera Kimia yang mempunyai kelayakan yang tinggi.

Pelajar lepasan Kejuruteraan Kimia mula bekerj sebagai jurutera rendah, ditempatkan bekerja di samping jurutera berpengalaman. Jurutera Kimia yang mempunyai pengalaman dan pendedahan dapat naik kapada kedudukan pengurusan dalam kerja penyelidikan, rekaan, pengeluaran, pembinaan, jualan dan rundingan.


Oleh kerana pengambilan kerja Jurutera Kimia berkait rapat dengan pembangunan sumber dan sector tenaga, peluang kerja lebih banyak berubah mengikut keadaan oekonomi berbanding kejuruteraan pengkhususan lain. Pengembangan ke bidang baru boiteknologi dan bahan-bahan yang lebih maju mungkain meningkatkan pengambilan kerja Jurutera Kimia.Kerumitan dan penggunaan jenyetra yang semakin bertambah dalam proses kimia akan beransur-ansur meningkatkan keperluan lebih ramai Jurutera Kimia untuk mereka, menjaga dan menguruskan kilang-kilang yang prnting itu.

Kejuruteraan Kimia ialah profession yang sentiasa berubah. Peranan tradisional Jurutera Kimia berkembang ke dalam sains biologi, sains komputer, elektronik dan botani. Ini bermakna profesion ini menjadi semakin luas. Jurutera Kimia akan dating hendaklah peka dalam menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.

Sebagai kesimpulannya peluang kerja untuk Jurutera Kimia sungguhpun terhad buat masa ini, namun ia menunjukkan trend untuk bertambah pada masa depan akibat pertambahan penduduk, penggantian jurutera yang meninggalkan kerjaya ini, peralihan negara kepada perindustrian dan ekonomi yang berkembang pesat.

CIRI-CIRI PERSONALITI SEORANG JURUTERA KIMIA

-Meminati bidang kejuruteraan kimia.

-Tidak mudah putus asa apabila mengalami kegagalan

-Memahami masalah yang timbul dan selesaikannya dengan cara yang mudah.

-Sering membuat research tentang kandungan kimia dalam sesuatu peralatan itu.

-Sanggup menerima tomahan apabila membuat kesilapan yang besar ataupun kecil.

-Sentiasa mengambil peluang untuk mendapat projek yang lebih besar.

- Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa -Mempunyai kemahiran komputer

-Tekun dan bekerja keras


-Mempunyai keinginan untuk berjaya

- Seorang yang dinamik

- Dapat bekerja secara berkumpulan