Saturday 23 April 2011

PENUTUP

Pada pandangan saya,kejuruteraan kimia bukanlah satu bidang yang sukar untuk dikecapi kerana bak kata pepatah,di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Mahu tak mahu haruslah saya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian saya itu.Tanpa usaha tiadalah kejayaan.Saya juga akan cuba mempertingkatkan subjek yang penting untuk pengajian kejuruteraan kimia walaupun saya tahu saya amat lemah dalam subjek-subjek yang dikehendaki untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia.Kejuruteraan kimia sememangnya satu bidang yang menyeronokkan bagi saya kerana kita bekerja dengan mengkaji lantas menolong dunia untuk memudahkan proses mendapatkan bahan kimia.

SUASANA TEMPAT KERJA

Persekitaran tempat kerja:
-Haruslah sentiasa bersih -tidak mempunyai dokumen-dokumen yang berselerak kerana akan menyebabkan pekerjaan menjadi bercelaru dan sukar untuk siap dengan lengkap -terhindar daripada gangguan kanak-kanak kecil kerana takut bahan kimia terjatuh atas kanak-kanak tersebut. -harus dilakukan dengan cermat.

Tempat untuk bekerja:
Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Jabatan Alam Sekitar serta jabatan -jabatan lain yang berkaitan. Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan. Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Terdapat di syarikat minyak, kimia, perlombongan, seramik, elektronik dan gentian. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian


Kejuruteraan Kimia dan Pengeluaran, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.

LANGKAH-LANGKAH MENUJU KE ARAH SEORANG JURUTERA KIMIA:

  1. Mendapat 10A+ dalam SPM
  2. Melanjutkan pelajaran ke matrikulasi/diploma/kursus persediaan ke luar negara(5 tahun)
  3. Menyertai program-program luar negara seperti A-level, 1B, ADP, AAD(3 tahun)
  4. Melakukan praktikal selama 2 tahun.
  5. bekerja di syarikat-syarikat ternama seperti petronas dan shell.

TEMPAT PENGAJIAN DI DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA

Institusi pengajian tinggi dalam negara:
-Diploma Kejuruteraan Kimia(Loji proses),UMP(Universiti Malaysia Pahang)

-Diploma Kejuruteraan Kimia,UiTm(Universiti Teknologi Mara)

-UKM(Universiti Kebangsaan Malaysia)

-USM(Universiti Sains Malaysia)

-Universiti Malaya

Program Luar Negara:
Di luar negara pula, kursus ini banyak ditawarkan oleh universiti-universiti di sana seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, Jerman, Jepun, Korea dan Singapura. Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA)²untuk pelajar lepasan SPM/SPMV. Ia merupakan program prauniversiti dan ijazah pertama di universiti-universiti di Amerika Syanikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, Jerman, Jepun dan Korea. Program-program yang dimaksudkan ialah American Associate Degree (AAD), American Degree Programme (ADP), A-Level, Program Australian Matriculation (AUSMAT) dan International Baccalaureate (IB).

Friday 22 April 2011

ANGGARAN PENDAPATAN

Walaupun kerjaya ini mencabar tetapi mampu memberi kepuasan kepada mereka.


Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan dan mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini. Buat masa ini, gaji permulaan seorang jurutera kimia ialah di antara RM 2000.00 hingga RM 2500.00 sebulan

Kerjaya sebagai seorang Jurutera kimia sangat mencabar kerana sebagai seorang Jurutera kimia anda akan berhadapan dengan pelbagai jenis masalah dan cabaran yang berlainan setiap hari. Setiap tugasan adalah unik kerana anda a kan berhadapan dengan pelbagai situasi , tempat dan orang.

Untuk mencapai cita-cita ini calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli : Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM).

Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera kimia profesional.

PROSPEK PADA MASA HADAPAN

Syarikat yang terbabit dalam industri petroleum, gas, petrokimia, pulpa dan kertas paling banyak menggaji Jurutera Kimia. Pengeluaran bahan kimia dan produk kimia juga memerlukan Jurutera Kimia.

Ramai jurutera bekerja di bahagian penyelidikan dan pembangunan, namun mereka juga diambil bekerja dalam indutri yang berkaitan dengan pengeluaran makanan, tenaga, plastic, fiber sintetik, farmaseutikal dan logam.

Sektor kerajaan menggaji Jurutera Kimia untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dan menguatkuasakan piawai dan peraturan Syarikat-syarikat kimia menggaji Jurutera Kimia dalam bidang pemasaran atau pengurusan. Universiti dan kolej pula menawarkan kerjaya pensyarah kepada Jurutera Kimia yang mempunyai kelayakan yang tinggi.

Pelajar lepasan Kejuruteraan Kimia mula bekerj sebagai jurutera rendah, ditempatkan bekerja di samping jurutera berpengalaman. Jurutera Kimia yang mempunyai pengalaman dan pendedahan dapat naik kapada kedudukan pengurusan dalam kerja penyelidikan, rekaan, pengeluaran, pembinaan, jualan dan rundingan.


Oleh kerana pengambilan kerja Jurutera Kimia berkait rapat dengan pembangunan sumber dan sector tenaga, peluang kerja lebih banyak berubah mengikut keadaan oekonomi berbanding kejuruteraan pengkhususan lain. Pengembangan ke bidang baru boiteknologi dan bahan-bahan yang lebih maju mungkain meningkatkan pengambilan kerja Jurutera Kimia.Kerumitan dan penggunaan jenyetra yang semakin bertambah dalam proses kimia akan beransur-ansur meningkatkan keperluan lebih ramai Jurutera Kimia untuk mereka, menjaga dan menguruskan kilang-kilang yang prnting itu.

Kejuruteraan Kimia ialah profession yang sentiasa berubah. Peranan tradisional Jurutera Kimia berkembang ke dalam sains biologi, sains komputer, elektronik dan botani. Ini bermakna profesion ini menjadi semakin luas. Jurutera Kimia akan dating hendaklah peka dalam menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.

Sebagai kesimpulannya peluang kerja untuk Jurutera Kimia sungguhpun terhad buat masa ini, namun ia menunjukkan trend untuk bertambah pada masa depan akibat pertambahan penduduk, penggantian jurutera yang meninggalkan kerjaya ini, peralihan negara kepada perindustrian dan ekonomi yang berkembang pesat.

CIRI-CIRI PERSONALITI SEORANG JURUTERA KIMIA

-Meminati bidang kejuruteraan kimia.

-Tidak mudah putus asa apabila mengalami kegagalan

-Memahami masalah yang timbul dan selesaikannya dengan cara yang mudah.

-Sering membuat research tentang kandungan kimia dalam sesuatu peralatan itu.

-Sanggup menerima tomahan apabila membuat kesilapan yang besar ataupun kecil.

-Sentiasa mengambil peluang untuk mendapat projek yang lebih besar.

- Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa -Mempunyai kemahiran komputer

-Tekun dan bekerja keras


-Mempunyai keinginan untuk berjaya

- Seorang yang dinamik

- Dapat bekerja secara berkumpulan

KETERANGAN TUGAS

Menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat serta membangunkan reka bentuk proses dan peralatan kimia secara komersil untuk menapis minyak mentah, cecair atau gas yang lain; Mengeluarkan bahan dan benda seperti bahan terbitan petroleum, letupan, produk makanan, minuman, ubat atau bahan sintetik; Menentukan aspek yang berkaitan dengan pembinaan loji perkilangan kimia; Menentukan kaedah, bahan dan piawaian kualiti pengeluaran serta memastikannya selaras dengan spesifikasi; Menyediakan piawaian kawalan dan prosedur kawalan bagi memastikan keselamatan, perlindungan alam sekitar dan kecekapan dalam operasi dan proses pembuatan; Mengesan dan membaiki kerosakan; Mengatur dan memberi nasihat berhubung dengan penyelenggaraan dan pembaikan peralatan yang sedia ada; Mengkaji dan memberi nasihat berkenaan aspek teknologi bahan, produk serta prosesproses berkaitan; Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar lain yang berkaitan; Menyediakan laporan analisis dan lain-lain tugas yang berkaitan.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENCEBURI BIDANG TERSEBUT

Sebelum menceburi bidang kejuruteraan kimia saya perlulah belajar bersungguh-sungguh dan harus mendapat gred tertinggi dalam subjek yang berkaitan bidang kejuruteraan kimia iaitu kimia,fizik,matematik dan matematik tambahan.Subjek-subjek ini merupakan subjek yang perlu di kuasai oleh saya dan harus diberi penekanan kerana subjek ini membantu saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia.Subjek yang perlu saya dapat A untuk membolehkan saya mengambil bidang ini.Tambahan pula,untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di luar negara.

Subjek yang perlu dapat gred A:

-Matematik

-Matematik tambahan

-Bahasa Melayu

-Bahasa Inggeris

-Fizik

-Kimia(Wajib)

-Sejarah

-Pendidikan Islam

-Subjek-subjek lain seperti (Reka cipta)

CABANG-CABANG BIDANG KEJURUTERAAN KIMIA

Kejuruteraan kimia merupakan bidang yang paling luas pada masa kini yang merangkumi bidang bioteknologi dan nanoteknologi sehingga pemprosesan mineral.

  • Kejuruteraan biokimia 
  • Kejuruteraan bioperubatan (Biomedical Engineering)
  •  Bioteknologi (Biotechnology)
  •  Seramik 
  • Alam sekitar 
  • Dinamik cecair (Fluid Dynamics) 
  • Pemindahan haba (heat transfer) 
  • Sejarah kejuruteraan kimia 
  • Pemindahan jisim (Mass transfer) 
  • Sains mineral 
  • Teknologi nano 
  • Reaktor 
  • Proses penceraian (separation processes) (lihat juga: Penceraian campuran (Separation of mixture)) 
  1.  Proses membrane (Membrane Processes)
  2.  Proses penyulingan (Distillation Processes) 
  3.  Proses pengkristalan (Crystallization Processes)
  •  termodinamik 
  • Teknologi partikel (particle technology) 
  • Polymer 
  • Kawalan proses (process control) 
  • Rekabentuk proses (process design) 
  • Pulp dan kertas (Pulp and Paper)

BIDANG KERJAYA (KEJURUTERAAN KIMIA)

APAKAH KEJURUTERAAN KIMIA SEBENARNYA?

Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan kelengkapan untuk perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan, kombinasi, penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halus mengikut spesifikasi. Mengkaji proses-proses yang sedia ada atau alat kelengkapan yang digunakan, kecekapan dan tahap pengeluarannya. Menjalankan kajian mengenai prinsip-prinsip kimia, fizik, dan kaji dayagerak haba untuk mencipta proses-proses baru. Memperbaiki rekabentuk alat kelengkapan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran. Menyelia pemasangan alat kelengkapan untuk pengeluaran berasaskan skel yang besar bagi tujuan komersial. Mengkaji sifat-sifat kimia yang berbagai atau barang-barang kimia seperti asid, rayon, pencelup-pencelup yang dicipta di makmal dan mencipta proses-proses dan alat kelengkapan untuk membuatnya. Menyelia dan meyelaras aktiviti-aktiviti pekerja yang menjalankan mesin-mesin pencanai, penyembur, pencelup, reaktor dan lain-lain alat kelengkapan untuk mempastikan bahanbahan mentah diperlukan dengan cekap melalui proses-proses kimia, mekanik dan prosesproses lain.

Kejuruteraan kimia merupakan applikasi sains, mathematik, dan ekonomi kepada proses menukarkan bahan mentah atau kimia kepada bentuk yang lebih berguna atau berharga.

Kejuruteraan kimia merangkumi reka bentuk dan baik pulih proses kimia untuk pengilangan besar-besaran. Nama sebenar adalah tidak normal (misnomer) disebabkan kerja jurutera kimia termasuk lebih kepada pengatahuan fizikal berbanding kimia. Disebabkan gelaran 'jurutera kimia' menyumbang kepada salah faham ini, ramai jurutera kimia digaji di bawah gelaran 'jurutera proses'.

Perbezaan antara kejuruteraan kimia dengan kimia boleh digambarkan dengan melihat contoh proses penghasilan jus oren. Pakar kimia menyelidik di dalam makmal menyiasat dan menjumpai pelbagai jalan untuk mengeluarkan jus dari oren. Mekanisma termudah adalah memotong buah oren kepada separuh dan menekan oren menggunakan mesin jus manual. Cara yang lebih rumit dijumpai adalah dengan mengupas dan menggelek oren untuk mendapatkan jus.

Sesebuah syarikat kemudiannya akan menggaji jurutera kimia untuk mereka kilang untuk menghasilkan beberapa tan jus oren setiap tahun. Jurutera kimia akan menyiasat semua cara yang ada untuk menghasilkan jus oren dan menilai kesemua cara tersebut mengikut daya ekonomi (economical viability). Jadi, walaupun kaedah jus secara manual adalah mudah, ia tidak ekonomi untuk menggaji beberapa ribu orang untuk menghasilkan jus oren secara manual. Oleh itu, cara yang lebih murah digunakan (kemungkinannya teknik kupas dan gelek.) Kaedah termudah bagi penghasilan di dalam makmal tidak semestinya cara paling ekonomi untuk sesebuah kilang.

Proses yang digunakan oleh jurutera kimia (contoh. penyulingan atau penambahan klorin) dikenali sebagai operasi unit dan mengandungi reaksi kimia dan/atau proses pemisahan.

Dua hukum fizik yang menjadi asas reka bentuk kejuruteraan kimia adalah pemeliharaan jisim (Conservation of mass) dan pemeliharaan tenaga (Conservation of energy). Pergerakan jisim dan tenaga melalui proses kimia dipertimbangkan menggunakan imbangan jisim dan tenaga yang menggunakan hukum ini pada keseluruhan kilang, unit operasi, atau bahagian peralatan tertentu. Dalam melakukan ini, jurutera kimia menggunakan prinsip termodinamik (thermodynamics), reaksi kinetik (reaction kinetics) dan fenomena pengangkutan (transport phenomena). Kerja melakukan tugasan ini pada masa kini dibantu oleh simulator proses, yang merupakan model aturcara rumit yang mampu menyelesaikan imbangan jisim dan tenaga, dan biasanya mempunyai model dalaman untuk simulasi unit operasi biasa.

PENDAHULUAN

Saya telah diwajibkan untuk menyiapkan folio berkenaan kejuruteraan kimia. Saya dapat hasilkan folio ini kurang daripada seminggu. Saya mendapat bahan tentang projek ini melalui laman web dan juga majalah-majalah dan artikel. Saya memilih kerjaya kejuruteraan kimia kerana saya amat meminati subjek yang berkaitan kimia,matematik,dan subjek kira-kira yang lain. Melalui folio ini saya dapat ketahui banyak maklumat tentang kejuruteraan kimia yang bakal saya terajui setelah tamat pengajian nanti. Saya juga dapat mengetahui tentang sejarah kejuruteraan kimia. Tanpa membuat folio ini sudah tentu sukar untuk saya memahami apa sebenarnya kejuruteraan kimia tersebut. Di samping itu,saya juga dapat mengetahui tentang cabaran dan dugaan yang bakal menimpa seseorang jurutera kimia itu yang mana setiap hari mereka berhadapan dengan maut. Akhir sekali,saya dapat tahu tentang kelebihan seorang pekerja kejuruteraan kimia tersebut.

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Alhamdulillah kerana ALLAH telah memberi saya kekuatan untuk melaksanakan folio kerjaya ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan folio kerjaya ini. Ibu dan bapa saya banyak membantu seperti mengeluarkan modal untuk saya pergi ke tempat-tempat yang berkaitan dengan folio kerjaya saya ini. Mereka jugalah yang membenarkan saya tidur lewat malam kerana mereka inginkan saya menyiapkan folio tersebut dengan lengkap dan kemas. Seterusnya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan saya yang sanggup meluangkan masa bersama saya menyiapkan folio ini walaupun mereka juga sibuk menyiapkan folio mereka tersendiri. Mereka juga telah menemani saya sewaktu saya pergi mencari maklumat. Akhirnya,folio kerjaya saya telah siap hasil daripada usaha-usaha mereka yang sudi membantu saya menyiapkan. Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan.