Friday 22 April 2011

BIDANG KERJAYA (KEJURUTERAAN KIMIA)

APAKAH KEJURUTERAAN KIMIA SEBENARNYA?

Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan kelengkapan untuk perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan, kombinasi, penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halus mengikut spesifikasi. Mengkaji proses-proses yang sedia ada atau alat kelengkapan yang digunakan, kecekapan dan tahap pengeluarannya. Menjalankan kajian mengenai prinsip-prinsip kimia, fizik, dan kaji dayagerak haba untuk mencipta proses-proses baru. Memperbaiki rekabentuk alat kelengkapan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran. Menyelia pemasangan alat kelengkapan untuk pengeluaran berasaskan skel yang besar bagi tujuan komersial. Mengkaji sifat-sifat kimia yang berbagai atau barang-barang kimia seperti asid, rayon, pencelup-pencelup yang dicipta di makmal dan mencipta proses-proses dan alat kelengkapan untuk membuatnya. Menyelia dan meyelaras aktiviti-aktiviti pekerja yang menjalankan mesin-mesin pencanai, penyembur, pencelup, reaktor dan lain-lain alat kelengkapan untuk mempastikan bahanbahan mentah diperlukan dengan cekap melalui proses-proses kimia, mekanik dan prosesproses lain.

Kejuruteraan kimia merupakan applikasi sains, mathematik, dan ekonomi kepada proses menukarkan bahan mentah atau kimia kepada bentuk yang lebih berguna atau berharga.

Kejuruteraan kimia merangkumi reka bentuk dan baik pulih proses kimia untuk pengilangan besar-besaran. Nama sebenar adalah tidak normal (misnomer) disebabkan kerja jurutera kimia termasuk lebih kepada pengatahuan fizikal berbanding kimia. Disebabkan gelaran 'jurutera kimia' menyumbang kepada salah faham ini, ramai jurutera kimia digaji di bawah gelaran 'jurutera proses'.

Perbezaan antara kejuruteraan kimia dengan kimia boleh digambarkan dengan melihat contoh proses penghasilan jus oren. Pakar kimia menyelidik di dalam makmal menyiasat dan menjumpai pelbagai jalan untuk mengeluarkan jus dari oren. Mekanisma termudah adalah memotong buah oren kepada separuh dan menekan oren menggunakan mesin jus manual. Cara yang lebih rumit dijumpai adalah dengan mengupas dan menggelek oren untuk mendapatkan jus.

Sesebuah syarikat kemudiannya akan menggaji jurutera kimia untuk mereka kilang untuk menghasilkan beberapa tan jus oren setiap tahun. Jurutera kimia akan menyiasat semua cara yang ada untuk menghasilkan jus oren dan menilai kesemua cara tersebut mengikut daya ekonomi (economical viability). Jadi, walaupun kaedah jus secara manual adalah mudah, ia tidak ekonomi untuk menggaji beberapa ribu orang untuk menghasilkan jus oren secara manual. Oleh itu, cara yang lebih murah digunakan (kemungkinannya teknik kupas dan gelek.) Kaedah termudah bagi penghasilan di dalam makmal tidak semestinya cara paling ekonomi untuk sesebuah kilang.

Proses yang digunakan oleh jurutera kimia (contoh. penyulingan atau penambahan klorin) dikenali sebagai operasi unit dan mengandungi reaksi kimia dan/atau proses pemisahan.

Dua hukum fizik yang menjadi asas reka bentuk kejuruteraan kimia adalah pemeliharaan jisim (Conservation of mass) dan pemeliharaan tenaga (Conservation of energy). Pergerakan jisim dan tenaga melalui proses kimia dipertimbangkan menggunakan imbangan jisim dan tenaga yang menggunakan hukum ini pada keseluruhan kilang, unit operasi, atau bahagian peralatan tertentu. Dalam melakukan ini, jurutera kimia menggunakan prinsip termodinamik (thermodynamics), reaksi kinetik (reaction kinetics) dan fenomena pengangkutan (transport phenomena). Kerja melakukan tugasan ini pada masa kini dibantu oleh simulator proses, yang merupakan model aturcara rumit yang mampu menyelesaikan imbangan jisim dan tenaga, dan biasanya mempunyai model dalaman untuk simulasi unit operasi biasa.

No comments:

Post a Comment